
|
Bonjour! ![]() Tagboard! Back to past Credits!
| sakit sangat-2 ya allah Saat aku menaip entri ni, ketahuilah bahawa aku dalam keadaan sakit. Sakit yang teramat sangat. Walaupun bukan pertama kali merasainya, tapi sakit yang hadir tiap-tiap bulan ni mampu menitiskan airmata aku. Now I feel soooo terrible ! Omaigoshhhh.
Tajuk macam pasrah je kan ? Entahlah, akhir-akhir ni aku rasa lain macam je. Ade sesuatu yang mengganggu, buat aku jadi tak tentu arah. Sumpah kepala rasa berat. Dengan exam nak dekat, sakit dan segala masalah ibarat datang kejar aku. Buat aku tak boleh tidur malam. Dah banyak hari la aku tidur lambat. Mata mengantuk tapi tak boleh pejam... Memang semua aku buat serba tak kena ahh.....Huh ! Aku seeeeetttteeerrrreeeessssss tau ? Keletihan, kebangangan dan kekusutan aku membuatkan aku telan pil gastrik 3 biji. Cepatlah mengantuk hendaknya. .. Memang semua aku buat serba tak kena ahh.
Tambah pulak orang yang aku sayang tiba-tiba macam dingin je dengan aku. Tak tahu mana silapnya aku layan dia. Rasanya habis lembut dah. Sedaya upaya aku cuba kawal emosi, jangan cepat menuduh dia. Aku nak sangat tanya kenapa dia macam ni tapi aku malas dah nak gaduh-gaduh. Takut nanti cara aku yang salah buat dia terasa.
Aku cuba mengalah ! Walaupun dalaman aku terluka. Apa salahnya aku berkorban perasaan pulak. Selalu dia je yang bersabar. Mungkin ni salah satu ujian buat aku. Aku kuat, tapi tak tahu sampai bila. Kesabaran aku ade had jugak. Kalau berterusan macam ni biarlah aku senyap buat sementara waktu. Berdiam diri lagi bagus kot. Harap-harap dia sedar dan dapat rasa ape yang aku rasa.
Aku tak tahu nak luah kat mana. Aku luah kat sini tak harapkan orang baca. Cuma bila aku meluah dalam bentuk tulisan sedikit sebanyak aku lega. Biarlah orang nak pikir ape pun, aku bahagia dengan dia. Cuma ada masa aku sedih. Aku harap dia sedar yang aku sayang dia dan keadaan kembali macam dulu lagi. Tu je aku mintak.
Bencikan kalau perasaan cemburu tu datang ? Serba salah hidup jadinya. Dalam otak tu mulalah fikir yang bukan-bukan je. Walaupun hati kuat menafikan, tapi kadang kala boleh kalah dengan perasaan sendiri.
Selalunya orang kaitkan cemburu ni dengan perempuan. Lelaki takde langsung ke perasaan tu ? Bukan takde sebenarnye tapi diorang pandai cover. Kalau perempuan lah, memamg kecoh satu tanjung bila angin cemburu tu datang.
|