Others: ♥ ♥ ♥

Bila bercakap tentang cinta, pastinya akan timbul satu lagi perkataan ini, iaitu pengorbanan. Tanpa pengorbanan, cinta tidak akan wujud. Walau sekecil kecil perkara sekalipun, pengorbanan tetap akan digelar sebagai satu pengorbanan dan nilainya sangat tinggi.
Jika seseorang itu berkorban tidak kiralah demi kekasih ataupun demi perkara lain, dia adalah manusia yang mempunyai nilai jati diri yang sangat tinggi. Bukan semua orang mampu melakukan pengorbanan. Dan pengorbanan yang paling bernilai tentunya adalah pengorbanan yang ikhlas dan tulus Cinta dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan. Memang satu pengorbanan itu dilakukan pada mulanya dengan rasa berat hati. Tetapi jika kita ikhlas berkorban, apatah lagi untuk orang yang kita sayang, pasti akan ada balasan baik untuk kita suatu masa nanti. Cinta itu kan indah. Walaupun kadang kala ia datang bersama dengan sedikit kelukaan, tetapi dugaan kelukaan itulah yang mampu menjadi ubat supaya kita bertambah kenal maksud cinta sejati .. Ramai orang tahu bercinta, tetapi tidak ramai yang tahu mencintai dengan ikhlas dan menerima sesuatu ketentuan dengan ikhlas. Cinta yang sebenar adalah cinta tanpa syarat. Ia termasuk membahagiakan orang yang kita sayang biarpun diri sendiri terluka. Pengorbanan hati dan perasaan selalunya melibatkan tentang perangai dan sifat kekasih yang kita tidak disukai ...Pengorbanan tentang hati dan perasaan ini juga melibatkan perlakuan pasangan yang selalu menyakitkan hati, bertindak kasar dan sebagainya. Seorang kekasih yang baik akan menerima pasangannya seadanya. Bukan bermakna dia tidak kisah diri terluka atau diperlakukan dengan tidak baik, tetapi dia menerima apa adanya dengan hati yang ikhlas dan berharap agar kekasihnya itu berubah dan kembali semula kepadanya

|